Nuffnagg ads

Saturday 26 March 2011

TEASER...

WAIT FOR THE RECEIPE :)

PAJERI NENAS

Hi....siapa suka pajeri atau paceri....tk kisah la kan panggilan mana2 pn..:)
selalunya korang makan pajeri yg manis kn n jarang sgt kita nk jupa yg pedas.Pajeri ni sesuai dimakan dgn nasi beriyani,nasi minya,nasi hujan panas...

Bahan2:
nenas-dipotong 3 segi
bwg putih*
bwg merah*
halia*
cili kering*
*kisar semuanya
serbuk kunyit
kayu manis
bunga pelaga/bunga cengkih-kedua2 sekali pn OK
udang kering direndam n ditumbuk halus
minyak utk menumis
garam,gula secukup rasa
(SILA LIHAT GAMBARAJAH INI)

cArA2:
Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih,bunga pelaga,kayu manis.
Masukkan bahan2 yg dikisar.dan juga udang kering yg ditumbuk lumat.Tumis sehingga naik bau.
Masukkan nenas tadi.
Gaul kesemuanya,masukkn air jika terlalu pekat,tidak perlu bnyak kerana jus nenas akan "keluar"
Masukkn garam n sedikit gula.
Tutup api dan sedia utk dihidang. :)

Friday 25 March 2011

SAYUR MASAK LEMAK




Entry sebelum ni saya cuma letakkan gambar saje kn..Harini saya nk beritahu resepi untuk menu ini...
Agak sinonim dgn hidangan oleh org2 Kelantan.Masakan ini diberi nama Sayur Lemak ...ada yg panggil sayur masak putih...
Em jangan takut bila dengar "lemak" tu..Ada alternatif lain utk mkn menu ni secara sihat :)Nk tau ape...teruskn membaca.
Ok..mari kita tgk bahan2 yg diperlukan iye..puan2 :P


Bahan2:
Sayur2 an-sawi,jagung muda,kacang buncis/pnjg,kubis(jika anda nk letak lain2 sayuran lagi pun boleh..spt carrot/petola dan sbgainya)
*sawi ini diasingkan dari batang n daun nya.ini untuk mengelakkan daun sawi itu terlalu layu.
Seekor ikan kembung(bersaiz sederhana) yang dibakar dan diambil isi dan ditumbuk2 halus(jika anda ingin menggantikan dgn ikan bilis pun boleh..juga ditumbuk)
Cili merah di mayang
Sedikit lada hitam yg ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Susu segar-yg menggantikan santan
Bawang merah beberapa ulas ditumbuk lumat

Cara2:
  • Didihkan susu segar itu tadi.Masukkan bwg merah n lada hitam yg ditumbuk.
  • Terus mengacau susu ini kerana klu dibiarkan takut nanti hangus.
  • Sambil itu masukkan isi ikan yg dibakar n ditumbuk tadi.Masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkn pula sayur2 an...masukkan dahulu batang sawi,kubis,kacang buncis,jagung muda.(jika anda nk letak carrot,masukkn ketika ini juga) agak2 semua sayuran ini dah lembut tapi jgn sampai terlalu kecut masukkn daun sawi dan cili.Biarkan sekejap dan tutup api.Siaapp...

more receipes will be updated!!

IKAN BAKAR

Masih lagi dengan resepi yg ala-ala untuk org berdiet...IKAN BAKAR..sape yg xsuka ikan bakar kan..
rEsEpi ikan bakar ini simple n senang sgt...dicicah dgn sambal kicap atau air asam..YUMMMYLICUOS!!!

bahan2:
bahan A
Bahan utama haruslah tak lain tak bukan ikan..hhwhe
Ape2 jenis ikan kegemaran anda...kembung,terbuk,selar dan etc...
bwg putih
halia
cAra2:
Ikan ni mestilah dibersihkan dahulu..
Perap ikan dgn halia n bwg putih dlm 30 min
Setelah itu bakarlah ikan itu..
Utk keaslian rasa,ikan sedap dibakar dgn arang,tp klu anda tk nk berasap2..boleh je dibakar dgn dapur gas..
Seeloknya bungkus ikan itu dgn daun pisang..klu susah nk jupe,aluminium foil pon boleh...
Bakarlah sampai masak..bukan hangus :)

Bahan2 untuk pencicah:

SAMBAL KICAP
sebelum ni saya dah cerita kn..smbal kicap ini sama je dgn sambal kicap yg kita mkn dgn soto..
Ok tkpe..sy bagi tahu sekali lagi..
Tumbuk bwg putih,cili padi n gula...
Agak2 dh lumat masukkn kicap manis...
Perah limau nipis atau kasturi....

AIR ASAM
Beberapa asam jawa digaul dgn air.....jgn terlalu cair tk sedap...
Hiris bwg merah,bwg besar nipis...cili api,cili mertah,tomato dipotong dadu....
Campurkn dalam air asam jawa itu tadi..
Masukkn garam sedikit...
Perahkn limau nipis..
TADAAA..siap

"MARINATED CHICKEN WITH VEGES"

Hi semua....
Kali ini saya ingin berkongsi resepi yg agak sesuai dimasak semasa berdiet.Resepi ini kaya dengan protein.So sesiapa yg berdiet protein bolehlah mencuba resepi ini....
Taknak berleter lagi...mari kita tgk apakah bahan2 nya dan cara memasaknya.


Bahan2:

Isi ayam-diperap dgn lada hitam,garam,bwg putih,halia selama setengah jam.
Carrots-dipotong bulat2,nipis2
Saleri-dipotong serong
Minyak zaitun
Sedikit air
Lada hitam
Garam

Cara2:
Panaskan minyak zaitun.
kalau nk gunakan minyak masak biasa pun takper..
Bila naik bau,masukn isi ayam yg diperap tadi.Saya memasak mgunakan sauce pan,so penggunaan minyak terhad,so kita leh kurangkan minyak dlm masakan.Kan ni menu diet ;)
Ok...agak2 isi ayam tu dh kekuningan,masukn sedikit air....
Lepas tu masukkn karot,saleri itu tadi.dan masukkn lagi air untuk melembutkn karot n saleri ini.
Bila dah sayur2 ni agak lembut masukn garam,jgn terlebih,sbb awal2 td kita dh perap ayam dgn garam,takut nti termasin lak.
DAN..SIAP....
Senang bukan....
Klu nk makan begitu aja pun boleh...Selamat mencuba n berdiet.HEHE

Saturday 19 March 2011

Mee Bandung Asli Muar

Since my dad asal dr johor n mak dari pantai timur,so dlm famly kita org ni ada kepelbagaian rasa.Seperti entry sblm ni saya berkongsi resepi soto..kali ini MEE BANDUNG MUAR lak

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan,kisar lumat) 
5-6 ulas bawang putih-dimayang
5 biji bawang merah-dimayang
½ cawan udang kering, direbus dlm semangkuk air 

kacang tanah lebih kurang secawan-goreng ,tumbuk halus
udang hidup*
sotong*
fishball  *
isi ayam dipotong nipis2*

*bergantung pada anda berapa sukatannya...
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 

3 - 4 cawan air rebusan daging ,klu malas nk buat stok daging,boleh juga hnya guna ready made chicken/beef stock
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis
 Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

p/s: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, tiada sebarang tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa OK!
Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang salah faham,ini telah menghilangkan keaslian mee bandung muar sebenar. 

Cara memasak: 
 

  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
  2. Panaskn sedikit minyak didalam kuali 
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram 
  5. Masukkan isi ayam,fishball,sotong,udang hidup.*jgn masuk serentak kesemua lauk ini..kerana isi udang senang hancur jika overcooked.so agak2 isi ayam tu dh masak br masukn sotong,udang,fishball satu per satu.
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Masukkn kacang goreng yg dikisar lumat itu tadi. Jgn lupa garam secukupnya.
  7. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
 

  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
  5. Hidangkan.