Nuffnagg ads

Friday 25 March 2011

SAYUR MASAK LEMAK




Entry sebelum ni saya cuma letakkan gambar saje kn..Harini saya nk beritahu resepi untuk menu ini...
Agak sinonim dgn hidangan oleh org2 Kelantan.Masakan ini diberi nama Sayur Lemak ...ada yg panggil sayur masak putih...
Em jangan takut bila dengar "lemak" tu..Ada alternatif lain utk mkn menu ni secara sihat :)Nk tau ape...teruskn membaca.
Ok..mari kita tgk bahan2 yg diperlukan iye..puan2 :P


Bahan2:
Sayur2 an-sawi,jagung muda,kacang buncis/pnjg,kubis(jika anda nk letak lain2 sayuran lagi pun boleh..spt carrot/petola dan sbgainya)
*sawi ini diasingkan dari batang n daun nya.ini untuk mengelakkan daun sawi itu terlalu layu.
Seekor ikan kembung(bersaiz sederhana) yang dibakar dan diambil isi dan ditumbuk2 halus(jika anda ingin menggantikan dgn ikan bilis pun boleh..juga ditumbuk)
Cili merah di mayang
Sedikit lada hitam yg ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Susu segar-yg menggantikan santan
Bawang merah beberapa ulas ditumbuk lumat

Cara2:
  • Didihkan susu segar itu tadi.Masukkan bwg merah n lada hitam yg ditumbuk.
  • Terus mengacau susu ini kerana klu dibiarkan takut nanti hangus.
  • Sambil itu masukkan isi ikan yg dibakar n ditumbuk tadi.Masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkn pula sayur2 an...masukkan dahulu batang sawi,kubis,kacang buncis,jagung muda.(jika anda nk letak carrot,masukkn ketika ini juga) agak2 semua sayuran ini dah lembut tapi jgn sampai terlalu kecut masukkn daun sawi dan cili.Biarkan sekejap dan tutup api.Siaapp...

No comments:

Post a Comment