Nuffnagg ads

Saturday 19 March 2011

SOTO AYAM

Menu ni merupakan one of my favourite,especially klu mkn di pagi raya..mmg kena dgn mood n smbil dgr lagu raya :)
 
Bahan A 
1 ekor ayam dibelah 4-seelok2nya amik bhgn dada
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih*
2 inci halia *
2 ketul sup bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit "spices" (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 
*anda boleh tumbuk@kisar@ketuk-mana2 pon bole

Cara memasak: 

Rebus ayam yg dibelah 4 itu tadi...
Air anda agak2 berapa bnyk..klu nk lebih kuah,lebihkan air
Jgn lupa masukkn sekali segala ramuan yg bertanda* itu tadi..
dan juga dua biji sup bunjut,dan "spices"
Masukkn garam,gula...
saya jarang menggunakan bahan MSG dlm masakan,,sesape yg nk taruk...persilakan.. :)
Bila ayam tadi dh masak,kuarkan ayam td.Biarkan ia sejuk seketika.
Nak buat ape ngn ayam ni,nti sy citer.

Bahan B

5-6 ulas bwg merah

Cara2:

1.Bawang ni di goreng dengan minyak yg sederhana bnyk,jgn terlebih lak.
2.Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
3.Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang. 

Bahan C

Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu.


Ok..ayam yg tadi tu,agak2 dh sejuk siat2kn isi nya.Letakkn dalam mangkuk.
Isi ayam ini akan dimakan dengan sup itu tadi.
Klu korang nk masukkn dlm sup terus pn ok.

Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi @limau nipis
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula

Cara: 

1.Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat.
2.Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
Sedia untuk dimakan  dgn sup soto kita itu tadi.

Soto ni sedap dimakan dgn nasi himpit. :)
Mkn masa masih panas2...HMMM

No comments:

Post a Comment