Nuffnagg ads

Saturday 19 March 2011

Mee Bandung Asli Muar

Since my dad asal dr johor n mak dari pantai timur,so dlm famly kita org ni ada kepelbagaian rasa.Seperti entry sblm ni saya berkongsi resepi soto..kali ini MEE BANDUNG MUAR lak

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan,kisar lumat) 
5-6 ulas bawang putih-dimayang
5 biji bawang merah-dimayang
½ cawan udang kering, direbus dlm semangkuk air 

kacang tanah lebih kurang secawan-goreng ,tumbuk halus
udang hidup*
sotong*
fishball  *
isi ayam dipotong nipis2*

*bergantung pada anda berapa sukatannya...
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 

3 - 4 cawan air rebusan daging ,klu malas nk buat stok daging,boleh juga hnya guna ready made chicken/beef stock
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis
 Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

p/s: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, tiada sebarang tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa OK!
Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang salah faham,ini telah menghilangkan keaslian mee bandung muar sebenar. 

Cara memasak: 
 

  1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
  2. Panaskn sedikit minyak didalam kuali 
  3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram 
  5. Masukkan isi ayam,fishball,sotong,udang hidup.*jgn masuk serentak kesemua lauk ini..kerana isi udang senang hancur jika overcooked.so agak2 isi ayam tu dh masak br masukn sotong,udang,fishball satu per satu.
  6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Masukkn kacang goreng yg dikisar lumat itu tadi. Jgn lupa garam secukupnya.
  7. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
 

  1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
  2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
  3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
  4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
  5. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment